Aktiviti terbaru bagi Exco Teknikal adalah mengadakan kelas multimedia. Perkara yang akan diajar ialah membuat editor untuk website PMI, membuat blog dan Adobe Photoshop (Basic). Kelas ini terbuka kepada semua ahli PMI yang berminat untuk mempelajarinya. Dikhususkan kepada ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Exco serta penolong untuk menghadiri kelas ini bagi dapat memajukan pergerakan Persatuan Mahasiswa Islam. Di bawah adalah butir-butir mengenai kelas ini:
Tarikh : 20 September 2008 (Sabtu)
Waktu : 9:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MPDL
Keperluan: Laptop (jika ada - untuk kelas Adobe Photoshop)
